fbpx

Lelaki ditahan disyaki cabul anak perempuan jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mencabul anak jiran di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan mencabul anak jirannya pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, budak perempuan berusia empat tahun itu mendakwa perbuatan terkutuk tersebut berlaku di dalam rumahnya pada pukul 6.30 pagi.

Beliau berkata, perbuatan cabul terbabit dipercayai berlaku sewaktu mangsa sedang tidur.

“Mangsa kemudiannya telah mengadu perbuatan suspek kepada salah seorang kakaknya sebelum keluarga mereka membuat laporan polis.

“Suspek kemudiannya berjaya dikesan sebelum ditahan di tepi jalan di Kampung Manir, di sini, pada pukul 6.30 petang kelmarin,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah.

Tambah beliau, lelaki itu telah direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI