fbpx

Kedah yakin Smart SBBA mampu atasi masalah kartel  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi beramah mesra dengan peserta selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih LZNK di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK di Padang Lumat, Yan hari ini.

YAN – Kerajaan negeri yakin Skim Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (Smart SBBA) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mampu mengeluarkan petani di negeri ini daripada cengkaman kartel dan monopoli pihak tertentu dalam sektor pertanian.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, sistem padi kunca atau sistem pinjaman dibayar dengan hasil tuaian itu dikhuatiri menyebabkan petani terpaksa membayar bunga kepada tauke yang memberi hutang sehingga 700 peratus.

“Bunga atau faedah yang terlalu tinggi menyebabkan ramai orang kita jatuh miskin gara gara berhutang.

“Orang lain perturun pusaka tanah, orang kita pusaka hutang. Tanah bertukar tangan apabila dijadikan cagaran hutang,” katanya pada majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih LZNK di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Padang Lumat, di sini hari ini.

Beliau berkata, di sebalik kenaikan harga beras, golongan pesawah masih terhimpit dengan kemiskinan.

“Inilah masalah utama yang terus memerangkap orang kita sehingga terus hidup miskin walaupun kitalah yang tanam padi dan menghasilkan beras di peringkat yang paling asas,” ujarnya.

Tambahnya, beliau pernah membangkitkan isu kartel itu kepada menteri terlibat sebelum ini dan berharap kerajaan serius menangani isu tersebut.

“Smart SBBA adalah satu langkah bijak yang perlu dikembangkan lagi ke kawasan-kawasan lain untuk menghentikan dominasi dan manipulasi kartel padi.

“Inisiatif LZNK dilihat mampu memberi satu nafas baharu kepada pesawah pesawah kita dan diharap dapat dilaksanakan di seluruh negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI