fbpx

Gadis pegang kadbod tengah bandar cari calon suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Geits memegang kadbod tersebut di Bandar Raya New York baru-baru ini. - TikTok/KarolinaGeits

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan video yang memaparkan dia berjalan di sekitar Bandar Raya New York sambil memegang kadbod mengandungi ayat bertulis ‘mencari suami’, lapor laman berita Fox News semalam.

Karolina Geits, 29, berkata, pada mulanya idea tersebut merupakan satu gurauan antara dia dengan rakannya.

“Kami mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan bahawa aplikasi temu janji tidak berguna kerana ia mengambil masa yang lama untuk berkenal-kenalan. Secara bergurau, saya berkata bahawa saya akan pergi ke luar (bandar) dengan membawa sepanduk,” ujarnya.

Geits kemudian melakukan perkara itu dengan mengambil sekeping kadbod dan menulis ayat berbunyi ‘mencari suami’ sebelum turun ke jalanan.

Video di laman TikTok yang menunjukkan dia memegang sepanduk itu menerima lebih 10 juta tontonan dan 1.2 juta tanda suka sejak disiarkan pada 3 September lalu. 

“Saya tidak menyangka akan menerima reaksi sedemikian. Orang ramai mula menyokong saya,” kata pesohor media sosial dan model itu.

Tambah Geits,  ramai lelaki mula menghantar profil mereka kepadanya untuk bertemu janji, namun dia memberitahu masih mencari lelaki terbaik untuk menjadi suaminya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI