fbpx

Himpunan RXZ: Peniaga mengeluh, ‘penyu’ viral tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung penyu RXZ Member didakwa tidak laku dalam penganjuran kali ini. - Foto media sosial

PETALING JAYA – Kebiasaan penganjuran kelab permotoran Yamaha RXZ Member tentu sahaja kelibat patung penyu yang cukup sinonim di Terengganu akan menjadi buah tangan rata-rata peserta ketika berkunjung ke negeri tersebut.

Namun, disebabkan masalah yang tibul pada penganjuran RXZ Member 5.0 hujung minggu yang lalu, difahamkan ramai peniaga yang menjual cenderamata tersebut mengeluh kerana patung itu tidak laku.

Satu klip video yang tular di Facebook ketika ini, seorang peserta difahamkan dari luar Terengganu ingin mencuba nasib untuk menjual patung penyu terbabit, namun didakwa tidak laku kerana peserta himpunan motosikal itu tidak ramai.

“Saya datang singgah di Pasar Payang, kesian ramai peniaga yang cakap petung penyu yang dijual tidak laku. Tak ramai yang datang ke pasar itu.

“Geng-geng lain semua dah balik, geng saya sahaja yang datang Pasar Payang, merungut peniaga banyak stok dah dibeli sebab sebelum ini patung itu laku, tak apa lah malas nak salahkan siapa-siapa,” jelasnya.

Katanya lagi, di lebuh raya juga peserta yang menyertai perhimpunan motosikal tersebut juga tidak ramai, ada yang pulang awal ke negeri masing-masing selepas kecewa dengan penganjuran kali ini,

“Biasa kita akan tengok penunggang RXZ akan galas patung penyu masing-masing untuk dibawa pulang sebagai tanda kehadiran mereka ke Terengganu.

“Kali ini memang betul-betul sunyi, atas jalan atas lebuh raya pun senyap sahaja selepas penunggang RXZ pulang awal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI