fbpx

K2

23 jenama tempatan hebat, popular ‘berkampung’ sempena Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu-individu yang bertanggungjawab mengemudi jenama-jenama popular di Malaysia.

JIKA dahulu, ramai yang memperlekeh produk buatan Malaysia kerana menganggapnya kurang berkualiti jika dibandingkan dengan produk-produk jenama antarabangsa, kini tanpa disedari banyak jenama tempatan yang berdiri sama hebat dengan jenama antarabangsa.

Justeru, bagi meraikan produk-produk jenama tempatan serta mengimbau nostalgia sempena sambutan Hari Malaysia yang menjelang tiba, satu acara yang dipanggil Kampung Buatan Malaysia telah diadakan di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Uniknya, acara tersebut yang dianjurkan jenama kafe kopi popular Malaysia, ZUS Coffee mengumpulkan 23 jenama tempatan terdiri daripada jenama makanan, produk kecantikan dan barang hiasan rumah di bawah satu bumbung sebagai suntikan perpaduan dan kebanggaan dilahirkan sebagai jenama tempatan.

Antaranya termasuklah Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK, BOH Malaysia dan Velvet Vanity.

Kewujudan acara ini adalah usaha ZUS Coffee bagi sama-sama mendukung produk jenama tempatan, selain membuktikan bahawa produk lokal juga boleh berdiri sama hebat dan setanding produk antarabangsa.

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian berkata, acara dinamakan Kampung Buatan Malaysia itu adalah bagi meraikan jenama-jenama lokal dalam satu suasana ‘kampung’ yang mengimbau nostalgia.

“Apabila anda melangkah masuk ke ‘kampung’ ini, setiap sudut di dalamnya akan dipenuhi imbauan nostalgia daripada produk-produk tempatan yang sudah pun wujud di negara ini sejak sekian lama.

“Sama ada anda warga tempatan mahupun pelancong, kami yakin anda akan terpesona melihat suasana kampung ini, yang menyerlahkan keunikan budaya dan juga jenama-jenama yang dilahirkan di Malaysia,” katanya.

PROGRAM Kampung Buatan Malaysia di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan.

Selaku penganjur, ZUS Coffee turut membawakan ‘ZUS Time Tunnel’ yang menceritakan tentang perjalanannya sebagai jenama tempatan dalam memberikan produk berkualiti tinggi kepada warga tempatan.

Sebahagian daripada perjalanan ZUS Coffee tersebut turut menyelitkan sokongan jenama penuh inovasi itu terhadap jenama-jenama tempatan lain, melalui gabungan bahan-bahan dalam mencipta satu cawan kopi.

Ini terbukti menerusi Kempen Buatan Malaysia yang mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan satu lagi jenama minuman paling digemari rakyat Malaysia iaitu BOH untuk ‘Tarik Series’.

Kampung Buatan Malaysia dianjurkan oleh jenama kafe kopi popular tempatan, ZUS Coffee.

Selain itu, terdapat juga kolaborasi dengan jenama aiskrim Inside Scoop untuk mewujudkan aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh minuman ZUS Coffee.

“Kolaborasi ini menunjukkan kejayaan yang boleh dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama,” ujar Tian.

Kampung Buatan Malaysia membuka pintunya selama sehari pada 9 September lalu bermula pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

Bertempat di Rumah Tangsi yang juga merupakan sebuah bangunan penuh sejarah, acara itu turut menyaksikan persembahan warisan budaya Malaysia melalui tarian muhibbah yang menggabungkan budaya kaum yang berbeza.

Malah, bagi memeriahkan lagi acara, pengunjung juga dilihat hadir sambil memperagakan pakaian tradisional rakyat Malaysia seperti kebaya dan juga baju Melayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI