fbpx

Dia tiada kena mengena dengan saya – Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING yang kini menjalani penggambaran di Bali enggan dikaitkan dengan khabar angin membabitkan pelakon Merqeen dan Mimi Lana.

PETALING JAYA – Enggan lagi terheret dalam khabar angin membabitkan bekas teman tapi mesranya Meerqeen dan aktres Mimi Lana, pelakon Anna Jobling bertegas bukan tanggungjawabnya untuk bercakap mewakili hero Melur Untuk Firdaus itu.

“Dia tak ada kena mengena dengan saya. Kalau nak tahu apa yang jadi, kena tanya kepada orang yang terlibat,” katanya.

“Dah sampai masa, saya rasa macam ini kali terakhir saya jawab isu yang melibatkan dia (Meerqeen). Bukan tanggungjawab saya untuk cakap mewakili dirinya,” ujar Anna.

Mahu khalayak lebih memberi fokus terhadap kerjaya seninya, pelakon berusia 23 tahun itu menjelaskan, urusan kedua-dua selebriti (Meerqeen dan Mimi Lana) berada di luar pengetahuannya yang kini sibuk menjalani penggambaran.

“Sebenarnya saya tak ada komen apa-apa fasal apa yang berlaku sebab saya sendiri pun tak tahu ‘details’ atau apa yang terjadi.

“Saya dekat sini (Bali) jalani penggambaran sahaja sepanjang masa dan nak fokus karier saya yang masih panjang lagi perjalanannya.

“Ada banyak lagi perkara belum saya capai dalam hidup. Saya harap semua orang lebih beri perhatian pada kerjaya, bukan situasi yang berlaku,” katanya.

Menurut pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu, tumpuan kini hanya kepada hal diri sendiri serta keluarga.

Ditanya mengenai ketiadaan gambar aktor terbabit dalam Instagram mahupun platform X termasuk bahan promosi Melur Untuk Firdaus, Anna menyatakan segala hantaran dalam media sosial tiada kaitan dengan mana-mana individu.

Tegas selebriti berdarah campuran Melayu-Inggeris itu lagi, orang terdekat dalam kehidupannya sedia maklum dia tidak akan membuat naik isu peribadi untuk sebagai perkongsian umum.

Sebelum ini tular video dalam beberapa platform menunjukkan aksi dua individu di sebuah pusat hiburan didakwa selebriti popular yang sedang menjalani penggambaran bersama-sama.

Kontroversi itu disyaki mempunyai kaitan dengan Meerqeen apabila Anna menaikkan ciapan ‘puzzle completed’ selain memadamkan foto bersama aktor tersebut.

Selama ini, walaupun menolak dakwaan wujud hubungan istimewa dengan Meerqeen, ramai mendakwa hubungan mereka sebenarnya lebih daripada sahabat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI