fbpx

Agong, Permaisuri santuni kanak-kanak tular sindrom Werewolf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda menyantuni adik Missclyen yang menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH)

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyantuni insan istimewa, Missclyen Roland, 2, di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu, Sarawak, semalam.

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, ibu bapa Missclyen, Roland Anak Jimbai dan Therasa Anak Gunting sangat teruja apabila dapat bertemu Seri Paduka Baginda berdua.

Adik Missclyen Roland yang juga dilahirkan tanpa lubang hidung itu menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH) yang menyebabkan kawasan wajah dan badannya berbulu lebat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna tidak dapat menahan sebak melihatkan gambar yang dikongsikan oleh Baginda berdua.

“Rezeki rakyat Malaysia mendapat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta anakanda yang prihatin dan baik hati. Moga Allah lindungi Seri Paduka Baginda sekeluarga,” kata Zubaidah.

“Semoga Allah permudahkan urusan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong. Saya doakan yang sama kepada keluarga kanak-kanak yang didukung itu. Semoga Tuhan berikan kesembuhan padanya,” kata Mellisa.

“Rasanya, ini merupakan kes pertama di Malaysia. Orang luar negara panggil sebagai Sindrom Werewolf,” kata Wanny. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI