fbpx

Peguam syak ‘saka’ berurusan perjanjian harta pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA — Seorang peguam korporat dan hartanah berkongsi pengalaman seram ketika mengendalikan urusan perjanjian pusaka dengan beberapa pelanggan yang sudah tenat.

Jelas Afiq Farhan, dia juga mengsyaki manusia yang berurusan dengannya bukanlah pelanggan sebenar malah sebenarnya ‘saka’ kepunyaan mereka.

“Aku pernah diminta ke sebuah rumah untuk buat perjanjian pusaka dan penama tersebut berumur 93 tahun, sakit tenat. Masa aku melawat, dia terbaring lemah dan nak sembang pun tak larat.

“Banyak permintaan pelik seperti barangan peribadi dia akan dipadankan sekali dengan tanah atau duit simpanannya. Syarat untuk terima harta itu mesti terima barangan peribadi seperti cincin atau keris,” kongsinya dalam satu ciapan.

Lebih mengerikan, pelanggannya yang tidak boleh cakap itu seolah-olah mengetahui setiap tindak tanduknya terutama dalam menguruskan harta pusaka miliknya.

“Bila aku dah siap draf perjanjian, aku bercadang untuk hubungi anak-anak pakcik itu. Tiba-tiba aku dapat panggilan dari pak cik itu tengah malam dan suaranya sangat ceria.

“Pak cik itu cakap semua dah siapkan, terkejut juga macam mana dia tahu. Dia siap cakap anak dia pun dah bersedia. Dia boleh ketawa lagi sambil bercakap dengan aku.

Tambahnya, pelanggannya itu juga ada meninggalkan pesan iaitu sekiranya anak-anaknya melanggar pernjanjian yang dibuat, dia sendiri akan datang mencari peguam itu.

Dalam pada itu, Afiq turut berkongsi dia pernah ‘diganggu’ dan ‘diserang’ seorang pelanggan di dalam mimpi dek kerana anaknya tidak menunaikan janji yang telah dibuat.

“Arwah datang jumpa aku, marah aku kenapa anak dia tak tunaikan janji. Arwah siap cekik leher aku lagi sebab marah. Aku demam teruk lepas mimpi tu.

“Kawan cadangkan aku pergi jumpa seorang pakcik minta air tawar. Masa jumpa pakcik tu bagitahu ada yang tak puas hati sebab janji dilanggar,dan sedang berkeliaran untuk membalas dendam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI