fbpx

Mayat wanita warga emas ditemui dalam rumah berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang wanita warga emas ditemui sepasukan bomba dalam sebuah rumah terkunci dalam kejadian di Taman Indah Jaya petang semalam. - IHSAN BOMBA

SANDAKAN – Mayat seorang wanita warga emas ditemui sepasukan bomba dalam sebuah rumah terkunci dalam kejadian di Taman Indah Jaya petang semalam.

Mangsa berusia 76 tahun berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap di kerusi oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pintu rumah terkunci daripada polis pukul 4.01 petang.

“Sepasukan bomba bersama jentera digerakkan ke lokasi berkenaan kerana terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam rumah.

“Sebaik tiba di lokasi itu, pasukan bomba menggunakan peralatan khas power saw bagi membuka jeriji besi.

“Selepas pintu berjaya dibuka, terdapat seorang penghuni berada di dalam rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala oerasi tamat pada pukul 6.23 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI