fbpx

PRK: Peratusan keluar mengundi masih rendah pada sebelah pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL GHANI ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Pusat Pengundian di SMK Taman Bukit Indah, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram agak rendah setakat pukul 11 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, peratus pengundi keluar mengundi bagi undi biasa sehingga 11 pagi Parlimen Pulai adalah sebanyak 19 peratus.

Sementara itu, bagi peratusan keluar mengundi di DUN Simpang Jeram adalah sebanyak 26 peratusan.

“Setakat pukul 11 pagi, peratusan bagi Parlimen Pulai masih rendah iaitu 19 peratus dan Simpang jeram 26 peratus.

“Di kawasan sini (Parlimen Pulai) hujan, di Simpang Jeram cuaca agak elok. Alhamdulilah proses pengundian berlancar. SPR masih mengekalkan sasaran 70 peratusan mengundi hari ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pusat Pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah di sini hari ini.

Abdul Ghani turut memaklumkan saluran 1, 2, 3 serta saluran 13 bagi orang muda dilihat aktif.

Terdahulu, cuaca mendung dan hujan dilaporkan mengiringi proses pengundian di 61 pusat mengundi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini.

Di Pulai, cuaca cerah pada sebelah pagi dilihat beransur mendung di 47 pusat pengundian, begitu juga dengan keadaan di Simpang Jeram yang mempunyai 14 pusat pengundian.

Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca diramalkan hujan di sebelah pagi dan ribut petir di sebelah petang bagi kedua-dua kawasan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI