fbpx

Kemenangan DUN Simpang Jeram kemenangan PH-BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZRI Abdul Rahman ditemui pemberita di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor. - foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

MUAR – Ir. Nazri Abdul Rahman menyifatkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram merupakan hasil gabungan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Kemenangan ini bukan kemenangan saya seorang. Ini adalah kemenangan berpasukan kerana pilihan raya kali ini adalah gabungan antara PH dan BN. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jentera di pihak PH dan BN.

“Ini bukan kemenangan saya seorang tetapi kemenangan semua,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ni.

Nazri memenangi kerusi itu dengan majoriti lebih besar iaitu 3,514 undi sekali gus menunjukkan formula Kerajaan Perpaduan antara PH dan PN adalah positif di Johor bagi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Mohd. Mazri Yahya.

Tambah Nazri, beliau merakamkan penghargaan kepada pengundi Simpang Jeram dan akan berusaha untuk membantu mereka sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Saya akan jumpa seberapa ramai pengundi untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, tanpa sokongan mereka, siapalah saya sebagai ADUN,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kemenangan ini mematikan stigma kononnya kerjasama PH dan BN ditolak, beliau tidak terlalu bimbang dengan perkara itu sebaliknya hanya mahu menumpukan tugasnya sebagai ADUN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI