fbpx

Sabah dijangka terus terima peruntukan besar dalam Belanjawan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad semasa di sidang akhbar selepas menghadiri dialog Jelajah Belanjawan 2024 peringkat Negeri Sabah hari ini. -Foto IVAN AMIRUL/KOSMO!

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan Sabah dijangka akan terus menerima agihan peruntukan besar sepanjang Belanjawan 2024 bagi meneruskan pelbagai pembangunan.

“Sabah adalah negeri yang menerima agihan pembangunan tertinggi berbanding negeri lain daripada kerajaan persekutuan. Kita melihat negeri ini masih memerlukan banyak pembelaan, terutama aspek infrastruktur.

“Malahan perkara itu dijangka kekal bagi tahun depan,” katanya kepada media selepas menghadiri dialog Jelajah Belanjawan 2024 peringkat Negeri Sabah, hari ini.

Dialog berkenaan dihadiri kira-kira 400 peserta terdiri daripada wakil pelbagai jabatan dan agensi, badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, swasta serta individu dari seluruh negeri.

Ahmad berkata, dalam belanjawan tahun ini, secara keseluruhan, Sabah menerima RM61.1 bilion membabitkan sebanyak 1,144 projek yang dilaksanakan semua kementerian persekutuan di negeri ini, selain RM6.5 bilion peruntukan tahunan untuk pembangunan.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang besar berbanding RM48.1 bilion bagi 1,048 projek selain RM5.1 bilion peruntukan tahunan yang diagihkan dalam Belanjawan 2022.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI