fbpx

Cacar monyet: Hati-hati aktiviti kunjungi negara catat jumlah kes tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman (tiga kanan) ketika melancarkan Majlis Perasmian Persidangan HTAsiaLink Ke-11 di Putrajaya, hari ini. -FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati terutama ketika mengunjungi negara-negara yang dilaporkan mempunyai peningkatan jumlah kes jangkitan cacar monyet.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, mereka yang mempunyai perancangan untuk melancong ke negara-negara tersebut perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama ketika menjalankan aktiviti berbentuk gaya hidup.

“Baru-baru ini pada 25 Ogos lalu, Ketua Pengarah Kesihatan ada mengeluarkan kenyataan mengenai dua jangkitan cacar monyet yang dikesan di Malaysia dan kita memantau secara teliti jangkitan itu.

“Pada masa sama, kepada sesiapa yang ingin pergi ke negara-negara yang mempunyai jumlah penularan cacar monyet yang tinggi, nasihat kami adalah untuk berhati-hati dalam melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk ‘life style’,” katanya kepada Kosmo! selepas perasmian Persidangan HTAsiaLink ke-11 di sini hari ini.

Lukanisman berkata demikian ketika ditanya berhubung Bangkok yang sedang memantau rapi penularan cacar monyet berikutan jumlah jangkitannya terus meningkat.

Media melaporkan, Timbalan Gabenor Bangkok, Tavida Kamolvej berkata, terdapat peningkatan kes cacar monyet di Bangkok pada bulan lalu dengan kira-kira 80 jangkitan dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Data menunjukkan kes tertumpu di kawasan yang popular dalam kalangan pelancong.

Pada 25 Ogos lalu, KKM mengesahkan dua kes positif cacar monyet membabitkan masing-masing seorang lelaki warga asing dan tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI