fbpx

Pink Racing: Masalah enjin kecewakan Harith

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH FARHAN gagal menamatkan perlumbaan pada saingan di Teluk Intan selepas enjin jenteranya berdepan masalah kerosakan.

IMPIAN pelumba pasukan Tobaki Cilik Pink Racing, Harith Farhan Baharin untuk mengutip mata pada perlumbaan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 di Teluk Intan, Perak tidak kesampaian selepas sekali lagi berdepan masalah enjin.

Pelumba kelahiran Terengganu tersebut yang memulakan saingan petak ke-16 mengakui memiliki jentera yang terbaik sekali gus berhasrat untuk berada dalam kelompok 10 terbaik pada perlumbaan kelas perdana CP150 di Perak.

Bagaimanapun, segalanya musnah apabila jentera Yamaha yang dipacunya itu sekali lagi ‘dihantui’ masalah enjin dan lebih mengecewakan berlaku seawal pusingan kedua sekali gus mengulangi mimpi ngeri yang dialami pada perlumbaan di Terengganu.

“Kalau nak cakap pasal perasaan memang saya kecewa kerana pada sesi latihan dan kelayakan saya cukup selesa dengan jentera ini. Catatan masa juga amat baik pada kelayakan dan catatan tersebut hampir dengan pasukan teratas.

“Sebab itu, saya percaya mampu memberi saingan yang baik di Teluk Intan ini dan mahu mengutip mata. Mungkin hari ini bukan rezeki saya dan berharap selepas ini pasukan mampu bangkit menjelang pusingan seterusnya,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, pemilik pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar tetap berbangga dengan apa yang dicapai pasukannya terutama kru teknikal yang berhempas pulas sepanjang minggu ini.

“Saya berpuas hati dengan kru teknikal kita kerana pada sesi kelayakan kita tidak berdepan masalah pada jentera. Saya harap selepas ini kita mampu bangkit di Terengganu,” katanya.

Pada saingant tersebut pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing meraih kemenangan 1-2 menerusi Ahmad Afif Amran dan Md Akid Aziz. Sementara itu, pelumba Honda Yuzy Estremo Team, Azroy Hakeem Anuar tempat ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI