fbpx

Euro 2024: Itali ikrar padam kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(DARI KIRI) Bonucci, Jorginho dan Verratti tidak disenaraikan dalam skuad Itali untuk berdepan aksi kelayakan Euro kali ini ekoran kurang minit permainan bersama kelab masing-masing. - AFP

MILAN – Jurulatih Itali, Luciano Spalletti berharap pasukan itu membuka lembaran baharu dengan melupakan kegagalan mereka untuk melangkah ke dua edisi Piala Dunia berturut-turut pada 2018 dan 2022.

Beliau yang mengambil alih tugas selaku pengendali pasukan daripada Roberto Mancini akan mengemudi The Azzurri menghadap dua perlawanan penting menentang Macedonia Utara dan Ukraine pada aksi Kumpulan C Kelayakan Euro 2024.

Mancini berkata, beliau sedia untuk menerapkan corak permainan lebih menarik dalam pasukan itu dan mahu mempertahankan kejuaraan Euro 2020 yang dimenangi ketika berada di bawah bimbingan Mancini.

“Kami perlu lupakan segala duka lara selepas gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dua kali berturut-turut sebelum ini. Saya juga mahu menerapkan corak permainan yang digemari penyokong.

“Satu perasaan yang sukar digambarkan untuk berada di sini sebagai jurulatih pasukan kebangsaan kerana ini adalah impian saya. Selepas ini saya mahu pastikan Itali menunjukkan aksi yang sesuai dengan gelaran sebagai negara bola sepak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempertahankan tindakan untuk mengetepikan beberapa nama besar seperti Leonardo Bonucci, Jorginho dan Marco Verratti daripada skuad kali ini dengan alasan tidak memiliki banyak minit permainan bersama kelab masing-masing.

“Memang betul kami perlukan pemain yang ada pengalaman antarabangsa, namun saya tidak boleh pilih pemain yang kurang minit permainan bersama kelab. Bagi saya, mereka tidak bersedia sepenuhnya,” ujar Spalletti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI