fbpx

MAIS nafi hantaran FB isytihar Hadi ajaran kafir, sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penafian MAIS mengenai sebuah hantaran di Facebook.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan kenyataan seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang disifatkan mempunyai unsur fitnah dan menjatuhkan imej jabatan itu.

Kandungan yang dimuat naik semalam itu antaranya menyatakan MAIS isytihar Hadi sebagai ajaran kafir sesat.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya mendapati kandungan dibuat akaun media sosial itu tidak benar sama sekali.

Tegas beliau, ia mengandungi unsur fitnah yang boleh mencemarkan imej pihaknya sebagai pihak berkuasa agama di Selangor.

“MAIS amat memandang serius terhadap perkara itu dan mana-mana pihak yang menggunakan nama jabatan bagi sebarang kepentingan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka berkaitan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemilik akaun FB itu dikatakan turut menyatakan bahawa semua ahli-ahli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Parlimen Pas Selangor kafir.

Ia termasuk Presiden Pas dan semua ADUN, Parlimen Pas di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Kandungan itu turut menyatakan berkaitan ikut ajaran kafir Syiah Kawarij dan tugas ulama Islam untuk islamkan semula ahli-ahli Pas ikut ajaran Islam al Quran dan hadis Rasullah. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI