fbpx

Azan Jumaat kali pertama berkumandang di New York

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Masjid At-Taqwa yang dikunjungi orang Islam di New York. - MapQuest

BANDAR RAYA NEW YORK  –  Buat kali pertama dalam sejarah, laungan azan bergema melalui pembesar suara di salah sebuah masjid terbesar di Bandar Raya New York semalam, lapor agensi berita Anadolu.

Ramai umat Islam menghadiri solat Jumaat semalam yang diadakan di masjid dikenali sebagai Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), Manhattan. 

Jemaah turut merakamkan detik bersejarah itu menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Pada Selasa lalu, Datuk Bandar New York, Eric Adams mengumumkan bahawa Bandar Raya New York akan membenarkan laungan azan pada setiap Jumaat dan semasa bulan suci Ramadan.

“Sudah terlalu lama, terdapat kekeliruan mengenai komuniti ini (Islam) yang tidak dibenarkan memperdengarkan laungan azan mereka.

“Hari ini (semalam)  kami memansuhkan birokrasi dan menyatakan dengan jelas bahawa masjid dan rumah ibadat bebas mengumandangkan azan pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan,” kata Adams pada satu sidang media.

Masjid di New York boleh melaungkan azan pada setiap Jumaat antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang (waktu tempatan) serta pada waktu berbuka puasa semasa bulan Ramadan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI