fbpx

Ular sawa gergasi menjalar atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular itu kelihatan merayap dari bumbung rumah ke atas pokok. - Jam Press

CANBERRA, Australia – Seekor ular sawa gergasi ditemui menjalar di atas bumbung sebuah rumah di negeri Queensland, Australia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Keluarga yang mendiami rumah tersebut melihat ular sawa permaidani berukuran 5 meter panjang itu menjalar dari bumbung ke atas pokok di halaman rumah. 

Video memaparkan kejadian itu dikongsi di platform TikTok dengan kapsyen berbunyi: “Hanya di Australia anda akan melihat ular sawa karpet sepanjang 5 meter di luar bandar.”

Ia ditonton lebih 20 juta kali selain mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ular itu terlalu panjang. Kepalanya di Brisbane dan ekornya di Perth,” komen seorang netizen secara berseloroh.

“Ada sesiapa nampak kucing mereka?,” komen netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI