fbpx

Gadis jatuh Jambatan P. Pinang dakwa mahu berhenti muntah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota bomba turun ke bawah jambatan bagi menyelamatkan mangsa bersama nelayan pantai, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang gadis yang terselamat selepas terjatuh dari Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai di sini, pagi tadi mendakwa yang dia berhenti di tepi tembok jambatan itu kerana mahu muntah.

Mangsa berusia 23 tahun itu ditemui dalam keadaan bergantung pada tapak tiang jambatan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Sha’ari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.28 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba bersama seorang nelayan yang kebetulan berada berhampiran dengan tempat kejadian.

“Mangsa ditemui selamat dan berada dalam keadaan tenang serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semasa mendapatkan keterangan daripada mangsa, dia menyatakan telah berhenti di tepi jambatan kerana ingin muntah lalu terjatuh ke bawah,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, anggota bomba telah menemui sebuah kereta jenis Honda City berserta dokumen peribadi milik mangsa yang berada di atas jambatan.

Jelas Sha’ari, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 5.49 pagi.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI