fbpx

Kapal selam nuklear China didakwa karam di Selat Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal selam berkuasa nuklear milik tentera China didakwa terlibat dalam kemalangan besar di Selat Taiwan. - Getty Images

TAIPEI, Taiwan – Terdapat laporan bahawa sebuah kapal selam China terlibat dalam kemalangan dekat Selat Taiwan yang menjadi lokasi perbalahan dengan Beijing, lapor portal berita Daily Express semalam.

Laporan itu mendakwa bahawa kapal selam kuasa nuklear jenis Type 093 (kelas Shang) milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengalami kemalangan besar sehingga menyebabkan semua orang yang berada di dalamnya terbunuh.

Namun, pegawai-pegawai China masih belum mengesahkan nahas tersebut dan nasib krunya.

Dalam pada itu, Taiwan melalui Jurucakap Kementerian Pertahanan Negara (MND), Sun Li-Fang menyatakan, tiada nahas dikesan di Selat Taiwan dan dakwaan berhubung kejadian itu yang tersebar di media sosial adalah tidak berasas.

Katanya, MND sedang memantau rapi semua aktiviti maritim dan udara di sekitar Selat Taiwan.

Laluan air memisahkan tanah besar China dan pulau Taiwan itu adalah antara kawasan yang mencetuskan paling banyak pertikaian di planet ini.

Selepas Perang Saudara China berakhir, kumpulan nasionalis yang kalah melarikan diri ke Taiwan, manakala gerakan komunis mengambil alih tanah besar. Sejak itu hubungan antara kedua-dua pihak tegang dan Selat Taiwan terus menjadi lubuk ketegangan geopolitik.

Pada minggu lalu, PLA menyiarkan video tentera laut dan udara China mengadakan latihan tentera melibatkan mengepung dan menyerbu ‘pertahanan laut’ Taiwan.

Sementara itu, Russia dan China memulakan rondaan bersama di Lautan Pasifik dalam pameran kekuatan ketika kebimbangan masyarakat antarabangsa berhubung masa depan Taiwan semakin meningkat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI