fbpx

EPMB catat untung bersih RM13.32 juta suku kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM13.32 juta pada suku berakhir 30 Jun 2023 (2Q 2022).

Untung bersih itu adalah pemulihan daripada kerugian bersih RM1.73 juta pada suku kedua fiskal dan keputusan ini disokong oleh keuntungan sebanyak RM13.6 juta daripada penjualan harta milik Kumpulan di Glenmarie, Shah Alam.

Bagaimanapun, tanpa mengambil kira keuntungan daripada penjualan tersebut, EPMB melaporkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM0.1 juta daripada operasi, penurunan sebanyak 93.8  peratus daripada LBT RM1.60 juta daripada operasi pada 2QFY2022. 

Peningkatan prestasi ini didorong oleh lonjakan pendapatan 28.1 peratus tahun ke tahun kepada RM137.86 juta berbanding RM107.63 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, untuk suku berakhir 30 Jun 2023, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM137.86 juta berbanding RM107.63 juta suku yang sama tahun sebelumnya. 

Menurut beliau, peningkatan sebanyak RM30.23 juta ini didorong oleh jualan alat ganti automotif yang lebih kukuh yang mana pembuat kereta terus berusaha memenuhi pesanan tertunggak yang tinggi.

“Kumpulan EPMB akan terus melaksanakan rancangan transformasi dan antaranya adalah menjadi pemaju mobiliti lestari,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk 2QFY2023, EPMB melaporkan LBT daripada operasi sebanyak RM0.1 juta berbanding dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) daripada operasi sebanyak RM3.63 juta dalam suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2023 (1QFY2023). -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI