fbpx

Berkali-kali tolak GV, lebih sudi berlakon, ini alasan Lah Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lah mendedahkan, banyak kali menerima tawaran sebagai peserta Gegar Vaganza namun terpaksa ditolak disebabkan tidak bersedia untuk bertanding dalam program terbabit.

SELAMA 26 tahun berkecimpung dalam dunia seni suara, Lah Ahmad atau nama sebenarnya, Abdullah Ahmad, 43, telah mendepani fasa kematangan seni yang pelbagai.

Ketika aktif bersama Ruffedge, kemudian bergerak solo dan mula memperlahankan rentak seni dengan karya-karya bersifat kerohanian dan kini kian aktif dalam dunia lakonan.

Terbaharu, Lah muncul dengan drama berjudul One Million Dollar Voice memainkan peranan luar kotak kebiasaan bernama Joe. Memiliki kualiti vokal antara yang terbaik dalam kalangan penyanyi lelaki tempatan, Lah memaklumkan, dia berkali-kali menolak lamaran pihak Gegar Vaganza untuk merekrut dirinya sebagai peserta.

HIBGLAM: Mungkin Lah boleh kongsikan sedikit tentang karakter bernama Joe dalam One Million Dollar Voice?
LAH AHMAD: Saya tidak selalu berlakon, dan watak dalam One Million Dollar Voice memang lain daripada yang lain berbanding apa yang pernah saya jayakan sebelum ini. Satu pengalaman baharu yang sukar saya lupakan terlibat dalam projek drama ini.

Boleh kongsikan apa agaknya cabaran yang terpaksa anda hadapi demi menterjemahkan watak Joe?

Barangkali ada yang sudah tahu saya perlu menyanyi dan berlakon dalam drama tersebut. Menyanyi tidak menjadi satu masalah buat saya tapi berlakon watak yang terang-terang bukan diri saya, itu adalah cabaran yang terbesar buat saya.

Watak Joe dan yang lain-lain dalam One Million Dollar Voice adalah refleksi dunia sebenar. Orang tengok kita tenang sahaja tapi sebenarnya, dalam ketenangan itu bermacam-macam masalah dan konflik yang perlu diselesaikan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga demi kepentingan orang lain.

Apa yang membuatkan anda menerima tawaran drama ini sedangkan banyak kali cubaan untuk ‘menarik’ anda untuk terlibat dalam projek berbentuk nyanyian?

Sejujurnya, banyak kali saya tolak pelawaan program realiti seperti Gegar Vaganza. Boleh kata berkali-kali. Saya sudi terlibat dalam One Million Dollar Voice adalah sebab, saya suka cuba benda baharu.
Saya cakap dengan pengarah, kalau nak menyanyi sekalipun, saya inginkan kelainan yang tidak pernah dibawa sebelum ini. Saya suka buat benda yang tak pernah orang lain buat dan itu ada dalam watak Joe.

Dalam cerita atau drama ini, saya boleh simpulkan bahawa orang selalu nampak atas pentas itu gah dan yang manis-manis sahaja, namun mereka tak tahu gejolak hati orang-orang popular dalam meneruskan kehidupan seharian.

Melihatkan penerimaan khalayak kemunculan anda dalam konsert bersama Ruffedge baru-baru ini, apa yang muncul di fikiran dan bagaimana perasaan berdepan dengan peminat sebagai satu kumpulan?

Alhamdulillah syukur. Tak sangka akan sampai begitu sambutan peminat. Muncul dalam fikiran saya waktu itu peminat Ruffedge sebenarnya juga membesar dengan lagu-lagu kami. Ketika mengadakan konsert dengan sorakan peminat, terasa seperti sebuah keluarga yang besar.

Akan ada kolaborasi dengan Ruffedge untuk projek mendatang?

Alhamdulillah saya dan Ruffedge baru sahaja melahirkan lagu baharu berjudul Putus dan insya-Allah ada lagi perancangan pada masa hadapan memandangkan sambutan sangat positif bila bersama sebagai satu kumpulan.

Dalam pada itu, saya juga akan muncul dengan konsert solo Lah Ahmad Jatuh Cinta di Istana Budaya tidak lama lagi. Tiket baru sahaja mula dijual semalam (25 Ogos 2023).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI