fbpx

1,416 individu jalani saringan kesihatan dibawah program Madani Afiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha meninjau perkhidmatan Touch Point pemeriksaan kesihatan Program Madani Afiat di SK Kampung Jawa, Segamat

SEGAMAT – Saringan Madani Afiat yang dijalankan di tiga buah negeri sebelum ini telah berjaya menyaring seramai 1,416 rakyat berusia 18 tahun dan ke atas.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, seramai 568 individu yang disaring direkodkan menghidap tekanan darah tinggi, manakala 402 individu didapati mengalami diabetis.

“Seramai 370 yang telah dikesan mempunyai risiko untuk menghidap darah tinggi dengan 187 orang mempunyai kecenderungan untuk diserang penyakit diabetes,” katanya pada pelancaran Program Madani Afiat Negeri Johor dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 peringkat kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa di sini hari ini.

Terdahulu, Zaliha berkata, Parlimen Sekijang di sini menjadi kawasan parlimen pertama menjayakan perkhidmatan Touch Point saringan kolesterol dalam pelaksanaan pemeriksaan kesihatan menerusi Program Madani Afiat.

“Sebagai negeri keempat yang menganjurkan Madani Afiat selepas Selangor, Terengganu dan Kelantan, saya melihat bahawa pelaksanaan saringan kesihatan merupakan perkara penting yang seharusnya diutamakan dalam kita meneruskan program Madani Afiat.

“Pemeriksaan kesihatan dengan kaedah pelaksanaan sebegitu boleh membantu KKM di setiap daerah untuk mengenal pasti mana-mana individu yang menghidap penyakit tidak berjangkit.

“Pengenalpastian tersebut membolehkan fasiliti kesihatan KKM yang berhampiran menyediakan rawatan susulan yang sesuai dengan penyakit yang dihidapi oleh seseorang individu, lebih-lebih lagi yang berdepan dengan dugaan kesempitan kewangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI