fbpx

25 daripada 40 terowong berjaya ditembusi – ECRL capai 49 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD ZUKI Ali (enam dari kiri) memotong reben sebagai simbolik merasmikan Majlis Penembusan Terowong Kampung Gedung Siam 3 di Maran hari ini.

MARAN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 49 peratus dengan 25 dari 40 terowong berjaya ditembusi setakat ini.

Terowong Kampung Gedung Siam 3 sepanjang 1.3 kilometer merupakan terowong ke-25 bagi projek ECRL yang berjaya ditembusi sekali gus melengkapkan kerja-kerja pengorekan terowong untuk ECRL di sepanjang jajaran Seksyen A dan B.

Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, terowong sepanjang ِ1,328 meter itu berjaya ditembusi mengikut jadual yangِ ditetapkan dengan menggunakan kaedah pengorekan gerudi dan letup.

“Terowong ini mempunyai purata ketinggian 13.5 meter dengan kelebaran 13 meter sekali gus membolehkan pengoperasian landasan berkembar tolok standard kelak.

“Terowong ini perlu dibina bagi membolehkan laluan kereta api ECRL memenuhi tahap maksima kecerunan iaitu 0.74 peratus serta bagi tujuan mengelakkan penebangan terbuka di kawasan perkampungan ini.

“Dengan usaha ini dan kerjasama erat pasukan ECRL yang dibawah pengurusan Maran Basecamp, saya difahamkan kerja-kerja infratsruktur terowong ini dijangka siap sepenuhnya menjelang April tahun hadapan,” katanya pada majlis perasmian penembusan Terowong ke-25 Projek ECRL Kampung Gedung Siam, di sini hari ini.

Menurutnya, projek ECRL telah menetapkan Stesen ECRL Maran sebagai sebuah stesen bagi tujuan penumpang dan kargo yang dibina di kawasan Sungai Ling.

Justeru katanya, ia akan akan memacu industri pelancongan di sekitar pekan Chenor, bandar Maran dan Sri Jaya disamping dapat merancakkan lagi aktiviti pelaburan dan perniagaan di daerah itu.

Sementara itu katanya, daripada 25 buah terowong ECRL yang berjaya ditembusi setakat ini, sebanyak 21 buah terowong terletak di bawah jajaran Seksyen A (Kota Bharu-Dungun) dan Seksyen B (Dungun-Mentakab) manakala empat buah terowong di Seksyen C (Mentakab-Pelabuhan Klang). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI