fbpx

Skuad B-23 sekali lagi gagal capai target

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-23 negara terpaksa akur tewas kepada Vietnam pada aksi separuh akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Stadium Rayong, Thailand, sebentar tadi. - FB FAM

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara terus menghampakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila gagal merealisasikan target ke final Kejuaraan B-23 AFF 2023.

Pada aksi separuh akhir di Stadium Rayong, Thailand, sebentar tadi, skuad kendalian E. Elavarasan tunduk 4-1 kepada Vietnam dan akan menanti Indonesia atau Thailand bagi penentuan tempat ketiga, Sabtu ini.

Skuad negara bermula dengan langkah kiri apabila Dinh Xuan Tien membuka jaringan seawal minit ke-8 dan minit ke-32 gawang Malaysia bolos buat kali kedua, kali ini giliran Nguyen Quoc Viet cetak nama selaku penjaring.

Ketika babak pertama hampir berakhir dengan 2-0, minit ke-44 Xuan Tien sekali lagi pamer ketajaman untuk meletakkan Vietnam makin selesa dengan kelebihan tiga gol.

Aksi bersambung menyaksikan pemain negara mula pamer kebangkitan dan hanya memerlukan empat minit di babak kedua untuk memperoleh gol pertama menerusi Alif Ikmalrizal Anuar.

Bagaimanapun jaringan itu tidak menjejaskan tempo permainan Vietnam dan walaupun skuad negara terus pamerkan sikap melawan, ia seakan belum cukup untuk memperoleh gol kedua.

Minit ke-85, Vietnam akhirnya menoktahkan sisa perjuangan skuad negara apabila meledak gol keempat menerusi Nguyen Hong Phuc. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI