fbpx

Lelaki ditahan buat panggilan bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki membuat panggilan bom palsu di sebuah pusat membeli-belah di Chemor, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dilakukan selepas lima jam laporan dibuat pekerja pusat membeli-belah berkenaan berkaitan ancaman bom pada pukul 4.50 petang.

“Pihak polis telah bertindak segera terhadap maklumat itu dan melakukan pemeriksaan menyeluruh di dalam bangunan pusat membelah belah dengan bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Perak, pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pemeriksaan di seluruh bangunan tidak menemui objek meragukan dan selepas keadaan disahkan selamat. Pekerja dibenarkan masuk semula ke dalam premis itu pada pukul 10.30 malam,” katanya, di sini hari ini.

Menurut Yahaya, siasatan polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan ancaman bom tersebut di sebuah rumah di kawasan Tasek pukul 9.30 malam.

“Lelaki itu ditahan berdasarkan pengakuan dan keterangan-keterangan yang dikumpul selain peranti komunikasi yang digunakan bagi membuat panggilan palsu berkenaan.

“Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dilakukan hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI