fbpx

Guru hidap diabetes kronik meninggal dunia dalam kuarters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru wanita ditemui meninggal dunia di tingkat empat kuaters guru SMK Panggung Jaya, Gua Musang, semalam. Foto IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Mayat guru wanita yang dipercayai menghidap diabetes kronik ditemui di tingkat empat kuarters guru, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, di sini semalam.

Mangsa yang berusia 43 tahun dan masih bujang disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan, kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan telentang oleh seorang guru lain yang turut tinggal di kuarters tersebut di ruang tamu rumahnya.

Katanya, selepas penemuan mayat mangsa, satu laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 10.57 pagi semalam.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian dan keterangan saksi mendapati, tiada unsur-unsur perlakuan jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

“Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini untuk proses bedah siasat. Punca kematian mangsa disebabkan oleh ‘sepsis secondary to necrotizing fascilitis’ atau jangkitan kuman yang teruk,” katanya.

Tambah Choon Foo, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) memandangkan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI