fbpx

CSR perkenal produk baharu gula putih jernih Better White

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki (kiri) dan Ketua Penjenamaan dan Pembangunan Produk CSR, Mohammad Farhan Mohammed Hafetz menunjukkan produk baharu gula putih jernih Better White.

KUALA LUMPUR – Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) memperkenalkan produk baharu gula putih jernih Better White yang berkualiti dan memenuhi cita rasa rakyat Malaysia di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Mohamad Zuki Wan Abdullah berkata, Better White boleh didapati pada harga RM3.85 untuk pek 800 gram (Malaysia Barat) dan RM4.05 (Malaysia Timur) bermula pertengahan Ogos 2023.

“Susulan kejayaan CSR’s Better Brown, Better White satu lagi komitmen dalam memenuhi jangkaan pengguna yang semakin meningkat, memberi perkhidmatan kepada pasaran dengan produk lebih berkualiti pada harga berpatutan.

“Kami telah mara jauh ke hadapan dalam memastikan pelanggan dapat menikmati produk gula unggul yang melengkapkan rasa makanan dan minuman mereka serta pengalaman kulinari mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, kenyataan itu menyebut, Better White terhasil daripada proses penapisan yang meluas yang menawarkan gula lebih tulen dan menarik secara visual.

Menurut kenyataan itu, dengan kualiti premium dan penampilan yang dipertingkatkan, Better White sesuai untuk sebarang momen manis.

“Sama ada secawan kopi, pencuci mulut buatan sendiri atau minuman yang menyegarkan, gula premium ini meningkatkan rasa dan persembahan sebarang masakan.

“Khususnya untuk industri bakeri, Better White akan menghasilkan produk bakeri lebih putih dan kelihatan lebih menarik agar menarik minat pengguna,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI