fbpx

Selepas ibu, ibu saudara pula diugut along bakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sooi Chan (tengah) menunjukkan laporan polis dan rantai yang digunakan Ah long untuk mengunci rumahnya di Pejabat MCA Perak di Ipoh hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI / KOSMO!

IPOH – Seorang peniaga berusia 61 tahun dan keluarganya hidup dalam ketakutan selepas diganggu ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along akibat perbuatan anak saudara lelaki mereka yang meminjam wang daripada pihak terbabit.

Ibu saudara kepada lelaki itu, Tan Sooi Chan, 61, diugut along yang mahu membakar kediamannya di Taman Menglembu Impiana selepas menyimbah cat merah sekiranya dia tidak membayar pinjaman tersebut.

“Saya telah membuat laporan polis setelah kereta dipecah masuk dan disimbah cat merah, namun along tersebut mengugut mahu membakar rumah.

“Bukan itu sahaja, along itu juga telah mengunci pagar luar rumah kami menggunakan rantai,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat MCA Perak hari ini.

Menurutnya, along tersebut menghantar mesej ugutan dan tahu tentang laporan kes ini di balai polis.

“Mereka mendakwa bahawa mereka mengetahui tentang laporan berkenaan, namun saya tetap membuat laporan lagi setelah menerima ugutan terbabit,” katanya.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, dia telah memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya mengikut saranan daripada pihak polis.

Sebelum ini, media melaporkan, sepasang suami isteri yang tinggal di Taman Desa Pengkalan di sini hidup dalam ketakutan selepas diganggu ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along akibat perbuatan anak lelaki mereka yang meminjam wang daripada pihak terbabit.

Ibu kepada lelaki itu, Khong, 54, diugut along yang mahu membakar kediamannya selain menyimbah najis sekiranya dia tidak membayar pinjaman anak mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI