fbpx

Dia lelaki yang betul-betul mampu jaga saya – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEAPAS disatukan sebagai suami isteri, Intan dan Datuk Ahmad Asraf diraikan dalam sebuah majlis resepsi Kota Tinggi, Johor, malam tadi.

PETALING JAYA – Pelakon Intan Najuwa mengakui sebak kerana akhirnya berjodohan dengan Datuk Ahmad Azraf Azman yang disifatkan sebagai lelaki tepat dan mampu menjaganya dengan baik selepas ini.

Pemilik nama penuh Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, itu berkata, semua kriteria dan dugaan yang dilalui bersama dalam sepanjang tempoh perkenalan itulah menyebabkan dirinya tidak dapat menahan sebak saat diijabkabul sebagai isteri Asraf.

“Perasaan sebak itu muncul secara semula jadi. Saya rasa akhirnya betul-betul bertemu dengan lelaki yang boleh menjaga saya.

“Macam-macam sebenarnya sudah saya lalui, jatuh bangun kehidupan sebelum ini tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah akhirnya semua ini berlangsung,” katanya.

Dalam pada itu, Intan memberitahu Asraf merupakan penyokong kuatnya dan tidak menghalang untuknya meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon selepas mendirikan rumah tangga.

“Kerjaya seni saya akan berjalan seperti biasa sahaja. Tiada perbezaan pun sebelum atau selepas kahwin.

“Asraf tak pernah halang kerjaya saya bahkan dia dia sangat menyokong dan memahami,” ujarnya yang masih belum mempunyai perancangan bukan madu susulan jadual kerja yang padat.

Kami tidak merancang mengenai cahaya mata. Kalau ada rezeki, kami terima dan sebaliknya.

“Kami okey bila-bila masa sahaja dan sudah bersedia,” jelas pelakon drama Kekasih Paksa Rela berkenaan.

Menceritakan detik perkenalan, hubungan Intan dan Asraf bermula hasil pertemuan bersama  rakan-rakan kedua-dua pihak.

“Kebetulan kawan saya, kawan kepada Asraf. Masa mula-mula jumpa biasa sahaja, tak sangka boleh sangkut,” kata Intan.

Semalam, dengan sekali lafaz, aktres tersebut selamat bergelar isteri kepada Asraf iaitu seorang ahli perniagaan dalam sebuah majlis di Desaru Coast, Kota Tinggi, Johor.

Paling mencuri tumpuan ramai, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran sebanyak RM222,000 pada majlis pernikahannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI