fbpx

Sime Darby Motors, Scientex pacu penggunaan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEFFREY (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Scientex, Lim Peng Jin bergambar sempena pemeteraian MoU baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengedar tunggal kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Beyond Auto Sdn. Bhd. (SDBA) mengumumkan kerjasama dengan pemaju hartanah terkemuka, Scientex Berhad untuk mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik (EV) merentasi pelbagai pembangunan perumahan.

Sebagai menyokong inisiatif EV, Scientex merancang untuk menubuhkan stesen pengecasan EV di lokasi terpilih dalam pembangunan perumahannya di seluruh negara.

Memanfaatkan kehadiran kukuhnya di perbandaran perumahan mampu milik, langkah strategik berkenaan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan penduduk dan pelawat, seterusnya memupuk gaya hidup lebih mampan dalam komuniti.

SDBA dan Scientex menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini untuk menjadi rakan kongsi kempen pemasaran pilihan untuk projek kondominium Mori 2 di Rawang, Selangor.

Usaha bersama kedua-dua pihak melibatkan mempromosikan penggunaan EV yang meluas dan menggabungkan kemudahan pengecasan EV ke dalam pembangunan perumahan mampu milik.

Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran, Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, kerjasama dengan Scientex adalah bukti komitmen bersama terhadap penjagaan alam sekitar.

“Kami teruja untuk memanfaatkan teknologi EV terkemuka kami untuk menyumbang kepada visi Scientex untuk pertumbuhan yang mampan dan masa depan lebih hijau,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI