fbpx
Sungai Rengai yang mempunyai banyak khazanah sejarah sejak abad ke-18.

Khazanah British di Lipis cecah jutaan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Khazanah British yang ditemui seorang pemancing di Sungai Rengai mempunyai nilai yang tinggi hingga mencecah jutaan ringgit.

Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Profesor Datuk Dr.Aripin Said berkata, barangan yang ditemui berkenaan mempunyai nilai sejarah yang amat berharga.

Katanya, loket emas yang ditemui secara tidak sengaja seorang penduduk jika ditaksir dari nilai sejarah boleh mencecah sehingga RM150,000.

Nilai Sejarah loket itu yang berlatar gambar Ratu Victoria dan burung kuang yang hampir pupus meningkatkan nilai loket itu.

“Duit syiling Straits Settelment bertarikh 1875 dan 1919 boleh mencecah nilai RM50,000 seke­ping mengikut pasaran semasa dengan keseluruhan syi­ling dan duit lama mencecah lebih RM 1 juta,”katanya di sini semalam.

Semalam Kosmo! mendedahkan Sungai Rengai di daerah ini ternyata menyimpan banyak khazanah berharga ekoran pe­nemuan sejumlah barang bernilai tinggi zaman pemerintahan British era Ratu Victoria baru-baru ini.

Antara penemuan itu ialah empat bentuk subang emas, dua utas gelang emas, sebentuk loket, empat gigi emas palsu, wang syi­ling lama kertas

Menurut Aripin Sungai Lipis, Sungai Jelai dan anak sungainya sejak dahulu kaya dengan emas urai yang menjadi rebutan penjajah Inggeris sejak abad ke-18.

Ekoran itu katanya, Lipis menjadi Pelabuhan darat tempat perdagangan hasil hutan dan emas yang mendapat tumpuan pedagang tempatan dan luar negara.

Beliau yang juga tokoh Wa­risan Orang Hidup Kebangsaan berkata, berdasarkan kajian ilmiah yang dibuat 30 tahun lalu mendapati kawasan itu memang banyak khazanah terutama emas.

Katanya, kawasan Sungai Lipis, Sungai Jelai dan anak-anak sungainya dipercayai masih banyak artifak tersembunyi termasuk senjata seperti keris dan lembing yang disembunyikan ketika zaman penjajahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN