fbpx

Zuckerberg bosan Musk temberang bertarung dalam sangkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuckerberg mendakwa Musk tidak serius mengenai pertarungan itu. - AFP

WASHINGTON – Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg memaklumkan bahawa pertarungan dalam sangkar antara beliau dan manusia paling kaya di dunia, Elon Musk mungkin tidak akan diadakan, lapor stesen penyiaran NBC News. 

“Saya rasa kita semua boleh bersetuju bahawa Musk tidak serius dan sudah tiba masanya kita melupakannya,” tulis Zuckerberg di aplikasi Thread semalam.

Sejak Jun lalu, kedua-dua ketua eksekutif syarikat media sosial itu digembar-gemburkan akan bertarung dalam ‘pertarungan sangkar’, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada acara gusti di ruang tertutup.

Bagaimanapun dalam komen terbaharunya, Zuckerberg berkata, beliau sentiasa bersedia untuk bertarung namun Musk sering mengemukakan pelbagai alasan.

“Saya menawarkan tarikh sebenar. Dana White juga menawarkan diri untuk menjadikan ia satu pertandingan yang sah untuk kutipan amal,” tulis Zuckerberg sambil merujuk kepada presiden syarikat Ultimate Fighting Championship yang cuba menganjurkan acara itu.

“Musk tidak mahu mengesahkan tarikh sebenar, kemudian dia berkata dia memerlukan pembedahan dan sekarang dia mahu mengadakan sesi latihan di belakang rumah saya,” katanya.

Musk masih belum memberi maklum balas secara terbuka kepada komen terbaru Zuckerberg dan jurucakap syarikat X tidak dapat dihubungi untuk maklum balas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI