fbpx

Nurul Noh tekad terus legasi bapa untuk Keluarga Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syazwani (tengah tudung merah) bersama penyokongnya di Tanjong Karang, Selangor malam tadi.

KUALA SELANGOR – Anak Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang tekad mahu meneruskan legasi bapanya dengan memfokuskan isu kebajikan, pendidikan dan sosioekonomi rakyat.

Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, tumpuan selepas diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semestinya membantu meningkatkan mutu pendidikan dan melahirkan lebih ramai usahawan di kawasan berkenaan.

Jelas Nurul, 35, beliau mahu membawa banyak perubahan terutama generasi muda dengan mendekati mereka untuk bersama membangunkan DUN itu.

“Saya juga mahu terus bekerja dan menjaga nama baik bapa (Noh) yang menjadi bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal.

“Ia bukan jalan pintas namun satu amanah berat dan saya wajib berusaha sehebat beliau atau lebih baik bagi menabur bakti serta membalas budi kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau memenangi kerusi DUN Permatang selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Yahya Mat Sahri dengan majoriti 1,728 undi selepas mendapat undi 12,850 manakala Mohd. Yahya memperoleh 11,122 undi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI