fbpx

[VIDEO] Maryam Durian Kimchi dipuji nyanyi lagu Marsha Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ketika Maryam menyanyikan lagu berjudul Cinta di TikTok.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi mengejutkan orang ramai apabila mampu menyanyi dengan baik lagu berjudul Cinta, nyanyian artis popular, Marsha Milan.

Menerusi perkongsian video Duriankimchi_fc di TikTok, bukan sahaja sebutan Maryam yang jelas menjadi perhatian, malah nyanyiannya itu turut dipuji ‘sedap’.

“Bukan takat Korea dia ja yang hilang, suara dia pun meremang bulu roma dengar. Mariam tak nak buat satu album ke?,” soal Ciraaa.

“Macam Mark Adam, bila nyanyi aku rasa ‘blur’ terus, betul ke ni dia? Sebab dia bercakap belum fasih semua ada juga sangkut, tapi nyanyi automatik hilang,” kata Nanaa.faizal.

“Hebatnya, sedap jugak suara dia,” puji Nrfnajwaaaa.

Video perkongsian itu berjaya meraih sebanyak 2.3 juta tontonan dengan 5,098 komen sejak ia dikongsikan baru-baru ini.

@duriankimchi_fc okay tak?#maryam #maryamduriankimchi #duriankimchi #repost #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryourpage #foru ♬ bunyi asal – Duriankimchi_fc

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI