fbpx

Gadis bawah umur dipukul, digilis dengan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dipegang beramai-ramai sebelum digilis dengan motosikal. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis bawah umur dipukul oleh sekumpulan lelaki, lapor laman berita Suara.com.

Berdasarkan klip video dalam akaun Instagram @radar_cianjur, mangsa bukan sahaja dikasari, malah digilis menggunakan motosikal yang dipandu laju pada 4 Ogos lalu.

“Tindakan ganas dilakukan oleh geng lelaki bermotosikal kembali berlaku di Sukabumi, Jawa Barat. Sekumpulan remaja menganiaya seorang gadis,” demikian menurut kapsyen video tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Citamiang, Iwan Hendi Sutisna berkata, pihaknya telah menangkap suspek yang terlibat dalam serangan terhadap seorang gadis dari Benteng Warudoyong.

Menurut Iwan, suspek melakukan serangan tersebut bersama lapan lagi rakannya manakala perbuatan itu didorong oleh rasa cemburu terhadap mangsa.

“Suspek menjalani soal siasat di Ibu Pejabat Polis Citamiang,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI