ROCK keras, namun mengasyikkan. Itu emosi yang dirasai saat menikmati suasana malam bernama Konsert Double Trouble 2 (DT2) menggabungkan dua kumpulan rock, Search dan Barbarik hujung minggu lalu. Stadium Malawati Shah Alam menjadi saksi kedua-dua band berpengalaman itu berkongsi momen indah di pentas yang disifatkan bukan sebuah medan pertarungan. Sebelum gempita sorakan memenuhi suasana, seluruh isi konsert DT2 seolah-olah bertafakur memberi laluan kepada laungan azan menghormati waktu solat. Kemunculan Ismahalil Hamzah di atas pentas selaku pengacara konsert sekali gus menjadi……