fbpx

Ramasamy beri Anthony Loke 24 jam minta maaf atau berdepan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramasamy dan Anthony Loke

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy memberi tempoh 24 jam kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk menarik dakwaan terhadapnya atau berdepan tindakan undang-undang.

Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkata, dakwaan Anthony bahawa beliau ‘tidak ikhlas’, ‘menunggang DAP untuk jawatan’ dan ‘pembohong’ adalah kenyataan fithah.

“Saya telah memutuskan untuk menyerahkan laporan dan artikel yang mengandungi kenyataan yang menyinggung perasaan kepada peguam saya untuk prosiding undang-undang terhadap Loke.

“Melainkan fitnah terhadap saya ditarik balik tanpa syarat oleh Loke dalam masa 24 jam, saya mungkin terpaksa memulakan tindakan sivil terhadapnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramasamy berkata, kenyataan dikeluarkan Anthony telah menimbulkan persangkaan serius mengenai sebab beliau meninggalkan DAP.

Terdahulu, Anthony dalam kenyataan menegaskan ahli DAP yang meninggalkan parti itu selepas tidak tercalon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah seorang yang tidak ikhlas dan setia kepada perjuangan parti.

“Saya amat kesal dengan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dengan pembohongan dilakukan.

“Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya saya tidak ada courtesy (ihsan) memaklumkan keputusan untuk tidak menamakan dia sebagai calon DAP pada PRN kali ini,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Ramasamy melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti selepas digugurkan daripada menjadi calon PRN.

Ramasamy merupakan antara lima Exco kerajaan negeri yang digugurkan daripada senarai calon DAP daripada mempertahan kerusi DUN Perai yang dimenanginya sejak 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI