fbpx

Datuk didakwa pandu Lamborgini Huracan Coupe secara gopoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THEAN SENG (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi atas atas kesalahan memandu kenderaan Lamborgini Huracan Coupe miliknya secara gopoh di Jalan Lebuh Raya Senai - Desaru hujung bulan lalu..

KOTA TINGGI – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memandu supercar Lamborgini Huracan Coupe secara gopoh di Jalan Lebuh Raya Senai-Desaru.

Tertuduh, Datuk Lim Thean Seng, 65, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Thean Seng didakwa melakukan perbuatan itu pada pada pada pukul 10 pagi, 29 Julai lalu di Kilometer (KM) 54.5 hingga KM 55.5, Jalan Lebuh Raya Senai-Desaru.

Sebagai pemandu Lamborgini Huracan Coupe, dia didakwa memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya secara berbahaya kepada orang awam.

Oleh itu tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000.

Bagi pertuduhan pilihan, lelaki itu didakwa pada tarikh, lokasi dan masa sama memandu secara gopoh hingga mungkin menyebabkan bencana kepada orang lain. Dia boleh didakwa di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Thean Seng yang diwakili peguam Mohd. Syakirin Syazwan Mohd. Nayan mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pilihan.

Rashidah menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 September ini untuk serahan dokumen. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI