fbpx

Saya bukan pengkhianat, mereka tikam belakang saya – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin ketika menjawab persoalan yang dilontarkan kepada beliau dalam podcast Keluar Sekejap, malam tadi

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengatakan beliau merupakan pengkhianat parti.

“Saya tidak pernah tikam belakang sesiapa. Sebaliknya, dia (Anwar) yang tikam belakang saya. Dia yang pecat saya. Saya tidak pernah lompat parti. Ini rekod yang saya hendak pertahankan. Tidak benar sekiranya ada laporan yang mengatakan saya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sebagainya.

“Mengapa saya perlu tinggalkan parti sedangkan rakan-rakan saya menang majoriti kerusi pilihan raya negeri?,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dilontarkan dalam podcast Keluar Sekejap yang dikelolakan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, malam tadi.

“Saya dipecat. Saya tidak lompat parti,” tegasnya.

Menurut Azmin, sejak dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari tahun 1999, beliau merupakan antara ahli PKR yang terawal berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, beliau tidak pernah menyandang apa-apa jawatan walaupun beliau merupakan ahli paling lama dalam parti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI