fbpx

PRN: Status quo, nilai berdasarkan keputusan rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Sungai Bakap, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – “Yang penting, pilihan raya dah dekat. Kita nilai dari segi keputusan rakyat.”

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai laporan Merdeka Center bahawa akan berlaku ‘status quo’ atau tiada perubahan dari segi pentadbiran di keenam-enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Menurut Anwar, berdasarkan pengamatan beliau, sokongan yang diterima oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah lebih baik berbanding tahun lepas.

“Dulu, dia (rakyat) dengar semua yang negatif (tentang kerajaan). Anwar akan tarik balik hak Islam dan sebagainya. Ia (kemudian) dijadikan fitnah dengan amalan itu dan menjadi budaya hingga orang percaya.

“Ada juga orang yang dulunya kata baik dengan PH, tetapi percaya kepada tohmahan bahawa kita akan menjadi alat kepada DAP untuk menentang Islam. Jadi, sekarang terbukti tidak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Sungai Bakap di Gerai PERDA Tasek, Simpang Ampat di sini, hari ini.

Terdahulu, ketika berucap sempena majlis itu, Anwar yang juga merupakan Pengerusi PH mengingatkan rakyat khususnya para pengundi di Sungai Bakap dan sekitar Nibong Tebal agar keluar mengundi, Sabtu ini.

“Turunlah. Jangan pandang ringan PRN ini. Saya memang ada rasa emosi sikit apabila berkait dengan Pulau Pinang ini,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI