fbpx

Pesohor YouTube kerat 14 mayat kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sancho membawa polis ke lokasi di mana dia membuang cebisan mayat Arteaga. - MailOnline

BANGKOK, Thailand – Seorang pesohor Youtube dirakam menunggang skuter bersama kekasihnya beberapa hari sebelum mangsa dibunuh di sebuah pulau di Thailand, lapor portal berita MailOnline.

Daniel Sancho Branchalo, 29, didakwa memukul hingga mati pakar bedah plastik Colombia, Edwin Arrietta Arteaga, 44, di Koh Pha Ngnan Rabu minggu lalu.

Anggota badan Arteaga termasuk pinggul dan pahanya telah ditemui penduduk tempatan di tempat pembuangan sampah pada keesokan harinya.

Sancho tiba di Thailand pada 31 Julai lalu sebagai pelancong. Polis mendakwa bahawa dia mengaku membunuh Arteaga selepas bertengkar mengenai ‘seks dan wang’.

Semalam, Sancho hadir ke mahkamah namun polis memohon melanjutkan tempoh penahanannya untuk siasatan. Dia turut membawa polis ke lokasi pembunuhan Aretaga. 

Cef itu mengaku memotong mayat Aretaga kepada 14 bahagian, membuangnya ke dalam laut dan tempat lain di sekitar pulau itu sebelum memfailkan aduan kehilangan mangsa.

Dia ditahan sejurus selepas cebisan mayat Arteaga ditemui di tapak pelupusan sampah di Koh Pha Ngan. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan Sancho dan Arteaga menaiki motosikal bersama beberapa hari sebelum mayat mangsa ditemui.

Polis Thailand berkata, siasatan sedang dijalankan manakala pihak berkuasa meneruskan usaha mencari saki baki mayat mangsa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI