fbpx

Pesohor YouTube ditahan bekal bisa ular ganti dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elvish didakwa terlibat dalam kegiatan menggunakan bisa ular dalam dadah. – Northeast Now

NEW DELHI  –  Polis India menahan pesohor YouTube, Elvish Yadav kerana disyaki membekalkan bisa ular sebagai dadah rekreasi di sebuah parti liar tahun lalu, lapor laman berita Hindustan Times semalam.

Elvish yang juga merupakan personaliti televisyen, direman selama 14 hari oleh sebuah mahkamah tempatan.

Timbalan Komisioner Polis Bandar Noida, Vidya Sagar Mishra berkata, Elvish dipanggil untuk memberi keterangan petang semalam, namun dia enggan memberikan kerjasama.

“Elvish Yadav dipanggil untuk disoal siasat hari ini (semalam) dalam kes berkaitan Akta Perlindungan Hidupan Liar. Dia didapati menyembunyikan maklumat semasa disoal siasat,” katanya.

Elvish ialah antara enam suspek kes tersebut  yang difailkan di balai polis Sektor 49, bandar Noida pada 3 November lalu. Kecuali Elvish, semua tertuduh lain telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Pertubuhan kebajikan haiwan, People For Animals (PFA) merupakan pengadu asal dalam kes itu.

Pada 3 November lalu, lima individu ditahan dalam parti yang diadakan di sebuah dewan bankuet di Sektor 51, Noida. Sembilan ular termasuk lima ular tedung berjaya diselamatkan daripada simpanan mereka. 

Turut ditemui adalah botol mengandungi bisa ular.

Elvish bagaimanapun mendakwa dia tidak hadir pada parti itu. Namun, pengerusi PFA mendakwa bahawa dia terlibat dalam aktiviti penjualan bisa ular secara haram. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI