fbpx

Lelaki warga emas hilang di hutan ditemui meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak 21 Julai lalu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan terapung di dalam air di kawasan air terjun Kampung Patau, Ranau semalam. - Foto ihsan polis

RANAU – Lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar mencari rotan di kawasan hutan Kampung Patau sejak 21 Julai lalu ditemui meninggal dunia semalam.

Mayat Jurin Sahantoh, 62, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan tidak sempurna serta terapung di kawasan air terjun kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa dikatakan ke hutan pada 21 Julai lalu untuk mencari rotan tetapi tidak pulang ke rumahnya.

“Isteri mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang lain serta penduduk sebelum membantu mencari mangsa selama sepuluh hari, namun gagal.

“Kita hanya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada 31 Julai lalu.

“Operasi SAR dilancarkan bermula 2 Ogos membabitkan sembilan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU), kelab pacuan empat roda Ranau dan orang kampung.

“Mangsa ditemui oleh pasukan SAR di kawasan air terjun kira-kira dua kilometer dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada pukul 11 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Simiun berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna terapung di dalam air di kawasan air terjun.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ranau untuk tujuan bedah siasat.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang ketika keluar ke hutan mencari rotan di Kampung Patau pada 21 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI