fbpx

Lebih 1 bilion laman web aktif di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Google.com merupakan laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. - Foto AFP/Getty Images

ISTANBUL, Turkiye – Terdapat lebih 1 bilion laman web aktif di seluruh dunia dengan tiga laman web baharu dilancarkan pada setiap saat, demikian menurut saluran berita Anadolu kelmarin.

Aplikasi seperti Google, YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter pula dianggap sebagai laman web paling kerap dikunjungi di internet.

Menurut data daripada laman web Siteefy, sebanyak 10,500 laman web baharu dilancarkan setiap jam di seluruh dunia atau bersamaan 175 laman web seminit dan tiga laman web setiap saat.

Sebanyak 18 peratus laman web atau hampir 202 juta daripadanya di internet digunakan secara aktif.

Berdasarkan data daripada similarweb.com, enjin carian google ialah laman web yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia, diikuti oleh YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter (kini X).

Mengenai purata masa kunjungan, pengguna meluangkan masa kira-kira 10 minit dan 38 saat di Google, 20 minit dan 25 saat di YouTube, 10 minit dan 43 saat di Facebook, 8 minit dan 22 saat di Instagram selain 10 minit dan 47 saat di Twitter.

Menurut syarikat pengumpulan data Jerman, Statista, setakat April 2023, 64.9 peratus atau 5.18 bilion penduduk dunia menggunakan internet dan 59.9 peratus atau 4.8 bilion penduduk global menggunakan media sosial.

Eropah Utara mempunyai kadar akses tertinggi internet berbanding kawasan lain di seluruh dunia.

Negara yang mempunyai akses internet tertinggi termasuk Norway, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu, semuanya pada kadar 99 peratus.

Asia pula mendahului jumlah pengguna internet dengan 2.93 bilion, diikuti Eropah dengan 750 juta pengguna. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI