fbpx

Reman 8 lelaki merusuh di Pandan Indah disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden pergaduhan yang berlaku pada Selasa lalu.

AMPANG JAYA – Polis telah memohon sambungan tempoh reman selama tiga hari ke atas lapan suspek yang terbabit dalam kes rusuhan di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun itu disambung reman bermula esok sehingga Selasa ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pihak polis menerima panggilan daripada orang awam berkaitan pergaduhan tersebut kira-kira pukul 10.56 malam, pada Selasa lalu.

Menurut Azam, semasa tangkapan dibuat, topi keledar dan kerusi yang digunakan semasa kejadian turut dirampas.

“Siasatan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan perselisihan faham berkenaaan dua kumpulan kelab motosikal yang berjumpa untuk berbincang.

“Namun terjadinya pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan. Kejadian juga berpunca daripada sindir-menyindir menerusi media sosial iaitu aplikasi TikTok,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, dua orang daripada tangkapan tersebut mempunyai kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek dipohon reman di Mahkamah Ampang pada hari ini dan dibenarkan reman selama empat hari sehingga Sabtu,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan membawa hukuman diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI