fbpx

DUN Jeneri masih kubu kuat Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUN Jeneri masih menjadi kubu kuat Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Aura dimiliki Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang cukup popular dalam kalangan anak muda di negeri ini memberi petanda Kedah sukar ditakluk gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Rusdi Omar berkata, setakat ini masih belum ada tanda-tanda menunjukkan PH dan BN mampu membentuk kerajaan walaupun mereka dilihat mampu menang di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Namun begitu katanya, pelbagai perkara boleh berlaku dalam dunia politik dengan situasi pada hari pengundian tidak mustahil berubah bersandarkan beberapa faktor termasuk strategi dimainkan kedua-dua pihak.

“Kalau tengok situasi semasa, agak sukar PH dan BN tawan semula Kedah.

“Muhammad Sanusi susah ditumbangkan dan keadaan itu didorong beberapa faktor termasuk pendekatan­nya yang dilihat kurang mementingkan protokol selain kerap turun ke bawah menyantuni pelbagai golongan,” ujarnya.

Katanya, Muhammad Sanusi tidak jauh berbeza dengan Menteri Besar sebelum ini tetapi disebabkan pendekatan serta mulutnya yang ‘laser’ itu, beliau dilihat sebagai seorang panglima yang berani bersuara dan memahami denyut nadi rakyat susah.

“Dalam masa sama, PH dan BN pula dilihat tidak memiliki ikon untuk me­nyainginya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI