fbpx

Anwar mohon maaf kepada penduduk Taman Medan, Dusun Tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Sultan Hassanal Bolkiah sewaktu rangka lawatan rasmi baginda tiga hari ke Malaysia.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kemaafan kepada warga Taman Medan dan Dusun Tua kerana ketidakhadiran beliau ke Jelajah Perpaduan Madani di kedua-dua lokasi di kawasan berkenaan Khamis lalu.

Menerusi penjelasannya, Anwar memaklumkan beliau perlu menyantuni dan meraikan tetamu negara pada waktu tersebut.

“Hal ini adalah kerana saya perlu menyantuni dan meraikan tetamu negara yakni Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.

“Insya-Allah, Ahad ini (esok) saya akan turun ke Taman Medan pada pukul 9 malam diikuti Ampang (10 malam) dan Hulu Kelang (11 malam),” katanya hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI