fbpx

Liga Super: Aidil Sharin pengendali baharu Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aidil Sharin memiliki reputasi besar dalam kancah Liga Malaysia bersama Kedah Darul Aman (KDA FC) sebelum ini - Foto ihsan KDA FC

PETALING JAYA – Pengendali import dari Singapura, Aidil Sharin Sahak sah kembali berkhidmat dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) dengan menyertai Kuching City pada baki saingan musim ini.

Aidil dilantik selaku ketua jurulatih bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Irfan Bakti Abu Salim yang meletakkan jawatan pada bulan lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan The Cats, Aidil akan dibantu oleh dua jurulatih tempatan iaitu Firdaus Morshidi dan Zulkarnien Poasa.

Pengendali berusia 46 tahun itu bukanlah nama asing dalam kancah Liga M apabila mengendalikan pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) bermula 2019 hingga 2022.

Aidil dijangka akan mengharungi aksi pertama Kuching City pada aksi pertama Piala Malaysia bertemu Sabah FC pada Sabtu ini.

Dalam saingan Liga Super, Kuching City yang hanya mencatat satu kemenangan menduduki tangga kedua tercorot liga dengan tujuh mata selepas mengharungi 18 perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN