fbpx

32 pelajar asrama keracunan makan ayam masak lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Seramai 32 orang pelajar berasrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan Melaka mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah makan malam ayam masak lemak cili padi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, kesemua pelajar terlibat mengalami simptom cirit-birit, sakit perut dan muntah sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan untuk menerima rawatan, semalam.

Jelasnya, setakat ini pelajar-pelajar berkenaan hanya menjalani rawatan sebagai pesakit luar dan tiada yang dimasukkan ke wad hospital.

“Pelajar ini menikmati menu ayam masak lemak cili padi untuk makan malam pada Ahad lalu dan pagi semalam mereka mengadu mengalami cirit-birit, sakit perut dan muntah.

“Pelajar-pelajar mendakwa terdapat perubahan fizikal pada ayam yang dimakan, selain rasanya juga sedikit pelik,” katanya pada sidang akhbar Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah akan melakukan siasatan berhubung insiden itu dan tindakan awal penutupan dapur asrama selama 14 hari bermula semalam telah dilakukan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ujarnya, setakat semalam sebanyak lapan kes keracunan makanan telah dilaporkan di negeri ini melibatkan tiga di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (tiga) dan Jasin (dua).

“Daripada jumlah tersebut lima kes melibatkan sekolah. Semua kes terkawal dengan tiada kematian dilaporkan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI